السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Profil Abuya Sayyid Muhammad 'Alawi Al Maliki Al Hasani RahimahuLlah Ta'Ala
As-Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki adalah salah seorang ulama Islam
yang utama pada dasawarsa ini tanpa diragukan lagi, ulama yang paling
dihormati dan dicintai di kota suci Makkah. Beliau merupakan keturunan
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, penghulu Ahlil Bait, Imam Hadis
di zaman kita, pemimpin keempat-empat mazhab, ketua rohani yang paling
berkaliber, pendakwah ke jalan Allah, seorang yang tidak goyah dengan
pegangannya di dunia ilmiah Islam turath.
Keluarga Keturunan Sayyid merupakan keturunan mulia yang bersambung secara langsung dengan junjungan kita Muhammad Sallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri. Beliau merupakan waris keluarga Al-Maliki Al-Hasani di Makkah yang masyhur yang merupakan keturunan Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasallam, melalui cucu Baginda, Imam Al-Hasan bin Ali, Radhiyallahu ‘Anhum.
As Sayyid Prof. Dr. Muhammad bin Sayyid ‘Alawi bin Sayyid ‘Abbas bin Sayyid ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani al-Makki al-Asy’ari asy-Syadzili lahir di kota suci Makkah pada tahun 1365 H. Pendidikan pertamanya adalah Madrasah Al-Falah, Makkah, dimana ayah beliau Sayyid Alawi bin Abbas al Maliki sebagai guru agama di sekolah tersebut yang juga merangkap sebagai pengajar di halaqah di Haram Makki, dekat Bab As-salam.

Ayah beliau, Sayyid Alwi bin Abbas Almaliki (kelahiran Makkah th 1328H),
seorang alim ulama terkenal dan ternama di kota Makkah. Disamping aktif
dalam berdawah baik di Masjidil Haram atau di kota kota lainnya yang
berdekatan dengan kota Makkah seperti Thoif, Jeddah dll, Sayyid Alwi
Almaliki adalah seorang alim ulama yang pertama kali memberikan ceramah
di radio Saudi setelah salat Jumat dengan judul “Hadist al-Jumah”.
Begitu pula ayah beliau adalah seorang Qadhi yang selalu di panggil
masyarakat Makkah jika ada perayaan pernikahan.Selama menjalankan tugas
da’wah, Sayyid Alwi bin Abbas Almaiki selalu membawa kedua putranya
Muhammad dan Abbas. Mereka berdua selalu mendampinginya kemana saja ia
pergi dan berceramah baik di Makkah atau di luar kota Makkah. Adapun
yang meneruskan perjalanan dakwah setelah wafat beliau adalah Sayyid
Muhammad bin Alwi Almaliki dan Sayyid Abbas selalu berurusan dengan
kemaslahatan kehidupan ayahnya.
Sebagaimana adat para Sadah dan Asyraf ahli Makkah, Sayyid Alwi Almaliki
selalu menggunakan pakaian yang berlainan dengan ulama yang berada di
sekitarnya. Beliau selalu mengenakan jubbah, serban (imamah) dan burdah
atau rida yang biasa digunakan dan dikenakan Asyraf Makkah.
Setelah wafat Sayyid Alwi Almaiki, anaknya Sayyid Muhammad tampil
sebagai penerus ayahnya. Dan sebelumnya ia selalu mendapatkan sedikit
kesulitan karena ia merasa belum siap untuk menjadi pengganti ayahnya.
Maka langkah pertama yang diambil adalah ia melanjutkan studi dan
ta’limnya terlebih dahulu. Beliau berangkat ke Kairo dan Universitas
al-Azhar Assyarif merupakan pilihanya. Setelah meraih S1, S2 dan S3
dalam fak Hadith dan Ushuluddin beliau kembali ke Makkah untuk
melanjutkan perjalanan yang telah di tempuh sang ayah. Disamping
mengajar di Masjidi Haram di halaqah, beliau diangkat sebagai dosen di
Universitas King Abdul Aziz- Jeddah dan Univesitas Ummul Qura Makkah
bagian ilmu Hadith dan Usuluddin. Cukup lama beliau menjalankan tugasnya
sebagai dosen di dua Universiatas tsb, sampai beliau memutuskan
mengundurkan diri dan memilih mengajar di Masjidil Haram sambil
menggarap untuk membuka majlis ta’lim dan pondok di rumah beliau.
Adapun pelajaran yang di berikan baik di masjid haram atau di rumah
beliau tidak berpoin kepada ilmu tertentu seperti di Universitas. Akan
tetapi semua pelajaran yang diberikannya bisa di terima semua masyarakat
baik masyarakat awam atau terpelajar, semua bisa menerima dan semua
bisa mencicipi apa yang diberikan Sayyid Maliki. Maka dari itu beliau
selalu menitik-beratkan untuk membuat rumah yang lebih besar dan bisa
menampung lebih dari 500 murid per hari yang biasa dilakukan selepas
sholat Maghrib sampai Isya di rumahnya di Hay al Rashifah. Begitu pula
setiap bulan Ramadan dan hari raya beliau selalu menerima semua tamu dan
muridnya dengan tangan terbuka tanpa memilih golongan atau derajat.
Semua di sisinya sama tamu-tamu dan murid murid, semua mendapat
penghargaan yang sama dan semua mencicipi ilmu bersama-sama.
Dari rumah beliau telah keluar ulama-ulama yang membawa panji Rasulallah
ke suluruh pelosok permukaan bumi. Di mana negara saja kita dapatkan
murid beliau, di India, Pakistan, Afrika, Eropa, Amerika, apa lagi di
Asia yang merupakan sebagai orbit dahwah sayid Muhammad Almaliki, ribuan
murid murid beliau yang bukan hanya menjadi kyai dan ulama akan tetapi
tidak sedikit dari murid2 beliau yang masuk ke dalam pemerintahan.
Di samping pengajian dan taklim yang rutin di lakukan setiap hari pula beliau telah berusaha mendirikan pondok yang jumlah santrinya tidak sedikit, semua berdatangan dari seluruh penjuru dunia, belajar, makan, dan minum tanpa di pungut biaya sepeser pun bahkan beliau memberikan beasiswa kepada para santri sebagai uang saku. Setelah beberapa tahun belajar para santri dipulangkan ke negara-negara mereka untuk menyiarkan agama.

Sayid Muhammad Almaliki dikenal sebagai guru, pengajar dan pendidik yang
tidak beraliran keras, tidak berlebih-lebihan, dan selalu menerima
hiwar dengan hikmah dan mauidhah hasanah.thariqahnya.
Dalam kehidupannya beliau selalu bersabar dengan orang-orang yang tidak bersependapat baik dengan pemikirannya atau dengan alirianya. Semua yang berlawanan diterima dengan sabar dan usaha menjawab dengan hikmah dan menklirkan sesuatu masalah dengan kenyataan dan dalil-dalil yang jitu bukan dengan emosi dan pertikaian yang tidak bermutu dan berkesudahan. Beliau tahu persis bahwa kelemahan Islam terdapat pada pertikaian para ulamanya dan ini memang yang di inginkan musuh Islam. Sampai-sampai beliau menerima dengan rela digeser dari kedudukannya baik di Universitas dan ta’lim beliau di masjidil Haram.
Semua ini beliau terima dengan kesabaran dan keikhlasan bahkan beliau selalu menghormati orang orang yang tidak bersependapat dan sealiran dengannya, semasih mereka memiliki pandangan khilaf yang bersumber dari al-Quran dan Sunah.

Adapun ulama yang telah mendapat gemblengan dari
Sayyid Muhammad bin Alwi Almaliki, mereka pintar-pintar dan terpelajar.
Di samping menguasai bahasa Arab, mereka menguasai ilmu-ilmu agama yang
cukup untuk dijadikan marja’ dan reference di negara-negara mereka.
Beliau ingin mengangkat derajat dan martabat Muslimin menjadi manusia
yang berperilaku baik dalam muamalatnya kepada Allah dan kepada sesama,
terhormat dalam perbuatan, tindakan serta pikiran dan perasaannya.
Beliau adalah orang cerdas dan terpelajar, berani dan jujur serta adil
dan cinta kasih terhadap sesama. Itulah ajaran utama Sayyid Muhammad bin
Alwi Almaliki. Beliau selalu menerima dan menghargai pendapat orang dan
menghormati orang yang tidak sealiran dengannya atau tidak searah
dengannya
Karya Tulis Beliau
Karya Tulis Beliau
Di samping tugas beliau sebagai da’i, pengajar, pembibing, dosen,
penceramah dan segala bentuk kegiatan yang bermanfaat bagi agama, beliau
pula seorang pujangga besar dan penulis unggul. Tidak kurang dari 100
buku yang telah dikarangnya, semuanya beredar di seluruh dunia. Tidak
sedikit dari kitab2 beliau yang beredar telah diterjemahkan kedalam
bahasa Inggris, Prancis, Urdu, Indonesia dll.
Sayyid Muhammad merupakan seorang penulis prolifik dan telah menghasilkan hampir seratus buah kitab. Beliau telah menulis dalam pelbagai topik agama, undang-undang, social serta sejarah, dan kebanyakan bukunya dianggap sebagai rujukan utama dan perintis kepada topik yang dibicarakan dan dicadangkan sebagai buku teks di Institusi-institusi Islam di seluruh dunia. Kita sebutkan sebahagian hasilnya dalam pelbagai bidang:

Aqidah:
1. Mafahim Yajib an Tusahhah
2. Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus
3. At-Tahzir min at-Takfir
4. Huwa Allah
5. Qul Hazihi Sabili
6. Sharh ‘Aqidat al-‘Awam
1. Mafahim Yajib an Tusahhah
2. Manhaj As-salaf fi Fahm An-Nusus
3. At-Tahzir min at-Takfir
4. Huwa Allah
5. Qul Hazihi Sabili
6. Sharh ‘Aqidat al-‘Awam
Tafsir:
1. Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an
2. Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la
3. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
4. Hawl Khasa’is al-Quran
1. Zubdat al-Itqan fi ‘Ulum al-Qur’an
2. Wa Huwa bi al-Ufuq al-‘A’la
3. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ulum al-Quran
4. Hawl Khasa’is al-Quran
Hadith:
1. Al-Manhal al-Latif fi Usul al-Hadith al-Sharif
2. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi ‘Ilm Mustalah al-Hadith
3. Fadl al-Muwatta wa Inayat al-Ummah al-Islamiyyah bihi
4. Anwar al-Masalik fi al-Muqaranah bayn Riwayat al-Muwatta lil-Imam Malik

Sirah:
1. Muhammad (Sallallahu Alaihi Wasallam) al-Insan al-Kamil
2. Tarikh al-Hawadith wa al-Ahwal al-Nabawiyyah
3. ‘Urf al-Ta’rif bi al-Mawlid al-Sharif
4. Al-Anwar al-Bahiyyah fi Isra wa M’iraj Khayr al-Bariyyah
5. Al-Zakha’ir al-Muhammadiyyah
6. Zikriyat wa Munasabat
7. Al-Bushra fi Manaqib al-Sayyidah Khadijah al-Kubra

Usul:
1. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh
2. Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
3. Mafhum al-Tatawwur wa al-Tajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah
1. Al-Qawa‘id al-Asasiyyah fi Usul al-Fiqh
2. Sharh Manzumat al-Waraqat fi Usul al-Fiqh
3. Mafhum al-Tatawwur wa al-Tajdid fi al-Shari‘ah al-Islamiyyah
Fiqh:
1. Al-Risalah al-Islamiyyah Kamaluha wa Khuluduha wa ‘Alamiyyatuha
2. Shawariq al-Anwar min Ad‘iyat al-Sadah al-Akhyar
3. Abwab al-Faraj
4. Al-Mukhtar min Kalam al-Akhyar
5. Al-Husun al-Mani‘ah
6. Mukhtasar Shawariq al-Anwar

Lain-lain:
1. Fi Rihab al-Bayt al-Haram (Sejarah Makkah)
2. Al-Mustashriqun Bayn al-Insaf wa al-‘Asabiyyah (Kajian Berkaitan Orientalis)
3. Nazrat al-Islam ila al-Riyadah (Sukan dalam Islam)
4. Al-Qudwah al-Hasanah fi Manhaj al-Da‘wah ila Allah (Teknik Dawah)
5. Ma La ‘Aynun Ra’at (Butiran Syurga)
6. Nizam al-Usrah fi al-Islam (Peraturan Keluarga Islam)
7. Al-Muslimun Bayn al-Waqi‘ wa al-Tajribah (Muslimun, Antara Realiti dan Pengalaman)
8. Kashf al-Ghumma (Ganjaran Membantu Muslimin)
9. Al-Dawah al-Islahiyyah (Dakwah Pembaharuan)
10. Fi Sabil al-Huda wa al-Rashad (Koleksi Ucapan)
11. Sharaf al-Ummah al-Islamiyyah (Kemulian Ummah Islamiyyah)
12. Usul al-Tarbiyah al-Nabawiyyah (Metodologi Pendidikan Nabawi)
13. Nur al-Nibras fi Asanid al-Jadd al-Sayyid Abbas (Kumpulan Ijazah Datuk beliau, As-Sayyid Abbas)
14. Al-‘Uqud al-Lu’luiyyah fi al-Asanid al-Alawiyyah (Kumpulan Ijazah Bapa beliau, As-Sayyid Alawi)
15. Al-Tali‘ al-Sa‘id al-Muntakhab min al-Musalsalat wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)
16. Al-‘Iqd al-Farid al-Mukhtasar min al-Athbah wa al-Asanid (Kumpulan Ijazah)

Catatan diatas adalah kitab As-Sayyid Muhammad yang telah dihasilkan dan
diterbitkan. Terdapat banyak lagi kitab yang tidak disebutkan dan juga
yang belum dicetak.Kita juga tidak menyebutkan berapa banyak karya tulis
yang telah dikaji, dan diterbitkan untuk pertama kali, dengan ta’liq
(catatan kaki) dan komentar dari As-Sayyid Muhammad. Secara
keseluruhannya, sumbangan As-Sayyid Muhammad amat agung.Banyak hasil
kerja As-Sayyid Muhammad telah diterjemahkan ke pelbagai bahasa.
Mafahim Yujibu an-Tusahhah (Konsep-konsep yang perlu diluruskan) adalah salah satu kitab karya Sayyid Muhammad, red.) bersinar layaknya suatu kemilau mutiara. Inilah seorang manusia yang menantang rekan-rekan senegaranya, kaum Salafi-Wahhabi, dan membuktikan kesalahan doktrin-doktrin mereka dengan menggunakan sumber-sumber dalil mereka.

Untuk keberanian intelektualnya ini, Sayyid Muhammad dikucilkan dan
dituduh sebagai “seorang yang sesat”. Beliau pun dicekal dari
kedudukannya sebagai pengajar di Haram (yaitu di Masjidil Haram, Makkah,
red.). Kitab-kitab karya beliau dilarang, bahkan kedudukan beliau
sebagai professor di Umm ul-Qura pun dicabut. Beliau ditangkap dan
passport-nya ditahan. Namun, dalam menghadapi semua hal tersebut, Sayyid
Muhammad sama sekali tidak menunjukkan kepahitan dan keluh kesah.
Beliau tak pernah menggunakan akal dan intelektualitasnya dalam amarah,
melainkan menyalurkannya untuk memperkuat orang lain dengan ilmu
(pengetahuan) dan tasawwuf.
Pada akhir hayatnya yang berkenaan dengan adanya kejadian teroris di
Saudi Arabia, beliau mendapatkan undangan dari ketua umum Masjidil Haram
Syeikh sholeh bin Abdurahman Alhushen untuk mengikuti “Hiwar Fikri” di
Makkah yang diadakan pada tg 5 sd 9 Dhul Q’idah 1424 H dengan judul
“Al-qhuluw wal I’tidal Ruya Manhajiyyah Syamilah”, di sana beliau
mendapat kehormatan untuk mengeluarkan pendapatnya tentang thatarruf
atau yang lebih poluler disebut ajaran yang beraliran fundamentalists
atau extremist. Dan dari sana beliau telah meluncurkan sebuah buku yang
sangat popular dikalangan masyarakat Saudi yang berjudul “Alqhuluw
Dairah Fil Irhab Wa Ifsad Almujtama”. Dari situ, mulailah pandangan dan
pemikiran beliau tentang da’wah selalu mendapat sambutan dan penghargaan
masyarakat luas.
Pada tanggal 11/11/1424, beliau mendapat kesempatan untuk memberikan ceramah di hadapan wakil raja Amir Abdullah bin Abdul Aziz yang isinya beliau selalu menggaris-bawahi akan usaha menyatukan suara ulama dan menjalin persatuan dan kesatuan da’wah.

Beliau wafat hari jumat tanggal 15 ramadhan 1425 dan dimakamkan di
pemakaman Al-Ma’la disamping kuburan istri Rasulullah Sayyidah Khadijah
binti Khuwailid ra. Dan yang menyaksikan penguburan beliau seluruh umat
muslimin yang berada di Makkah pada saat itu termasuk para pejabat,
ulama, para santri yang datang dari seluruh pelosok negeri, baik dari
luar Makkah atau dari luar negeri.
Semuanya menyaksikan hari terakhir beliau sebelum disemayamkan, semua menyaksikan janazah beliau setelah disembahyangkan di Masjidil Haram ba’da sholat isya yang dihadiri oleh tidak kurang dari sejuta manusia. Begitu pula selama tiga hari tiga malam rumahnya terbuka bagi ribuan orang yang ingin mengucapkan belasungkawa dan melakukan `aza’. Dan di hari terakhir `Aza, wakil Raja Saudi, Amir Abdullah bin Abdul Aziz dan Amir Sultan datang ke rumah beliau untuk memberikan sambutan belasungkawa dan mengucapkan selamat tinggal kepada pemimpin agama yang tidak bisa dilupakan umat.
Semoga kita bisa meneladani beliau. Aamiin...
Profil Lainnya:
http://wiki.aswajanu.com/Sayyid_Muhammad_bin_Alawi_Al_Maliki

No comments:
Post a Comment